Friday, December 31, 2010

DIEYA's 2010

Assalammualaikum w.b.t.

pejam celik pejam celik, da setahun. da setahun aku abis degree, which also means da setahun aku jadi telemarketer dan da setahun aku hidup kat rmh sendiri after 9 years struggle abeskan diploma ngan degree kat luar. mcm2 perkara jadi dalam tahun 2010 ni. pahit, manis, gembira, tangis. mixed. yg pasti aku da blaja byk benda, Alhamdulillah... betul la ayat buku tu, pengalaman mematangkan usia.

antaranya?.. let see.

aku da leh accept the fact that aku skunk duduk ngan family, bukan on my own lagik maka da xleh buat segala ikut kepala sndiri, sbb skunk setiap perkara yg aku buat, hv to take their feelings into account (refering to family members. ONLY). even benda tu sebesar zarah sekalipun. yes, aku dulu kepala angin. silap timing je, mula la angin tu naik.. asal ada yg x kene aku akan avoid, lari dari masalah. tp skunk da slow.. aku da kasi control.. byk hati yg wajib di jaga. pe2 hal confront jek, kasi settle tros. kalu x susah woo... wa mau duduk di rumah dengan tenang.

pe lagi..

ha. i am into investment. hv been doin sum field research on gold. yes, gold. aku bukan dari keluarga senang, jadi aku kene buat sesuatu ngan income skunk supaya ia leh menjamin masa depan aku dan family. at least enuf utk support kami in case of emergency. u never know what lies ahead of u. so, be prepared. mula2 plan nak expand business nasi lemak mabah aku, tp memandangkan dua2 x sihat dan aku yg sibuk je semedang, hv to figure out other alternative. then, bf suggest gold. itu je yg x risky. yes, i need sumthing risk-free. ada gak plan nak cari partner utk bedak sejuk berubat tu, tp xde yg interested lagi.. sbb x convince enuf ngan bedak sejuk kesayangan aku tuh... adeh la... cane ni... idea?

employed..

16/12 ritu genap setahun aku bergelar telemarketer kat Teledirect Telecommerce SB, Quill 7. jobscope: technically aku promote insurance (general and life line) utk ING insurance bhd. and im working on... or moving fwd to takaful line this coming new year.. 1st quarter of 2011, insyaAllah... start jek new year nnt, maybe aku da kene register utk takaful paper.. doakan aku. collected general n life certs, aku nak tambah takaful lg satu, kasi cantik resume in case aku nak berhijrah nnt. who knows. rezeki Allah ada di mana2. lagipun, ive drafted 2 years plan for my career. 1st year passed as planned, alhamdulillah... ni da nak masuk 2nd year, jd aku kene pantas carik lubang utk diri sendiri. to stay at sales line, masa dan planning sgt penting. aku nak promote Islamic product plak. thats my career target 4 year 2011. insyaAllah... doakan aku yek.

ckp pasal keje, aku da counter mcm2 kerenah manusia. btul la byk 'talam 222 muka' kat luar tu. x tipu. hati2 ya adik2. jgn percaya sgt kat org yg anda x kenal. tmbh2 jenis yg duk 'kipas' anda dan jenis yg muka asyik manis cam terlebih dos susu pekat manis tu. aku x kata kita kene bersangka buruk sepanjang masa... oh tidak. in fact, aku optimist, selalu husnuzhon adalah sgt bagus untuk kesihatan otak.

some of colleague kata aku sombong sbb tamo bersosial. jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga...aku tau. tp kalu wa tgh suap nasik lemak baik punya layan kat pantry, tetibe ade org makan ba alif ba ya panggang depan wa.. dgn bau Allah je yg tau... mau aku x muntah the next second. tu blum campur part yg memperkotak katikkan agama Islam, yg mempersoalkan, 'perlu ke sembahyang cepat2?' woi! pe kes?! hallo... lu nak org hormat lu... blaja hormat orang len dulu k. bab2 backstab ni xyah cite ar. tu da mmg lumrah. jadi, mind your own business.. jgn sesekali jadi pak sanggup utk org x tentu arah. fikir btul2 sblm say 'yes'.. aku x kata suh jadi selfish.. aku cuma suh .. HATI-HATI.

new friends?

yes.. ive met people.. lotsa em. but to put my trust in just a year. thats hard. but i did smile and had few good laughs. like i always do. yes, i do.

lunchsters..?

yes. lunchsters. i miss them terribly. thats it.



had a great year. thanks to 2010. and a warm welcome to 2011.

'Ya Allah Ya Tuhanku.. permudahkanlah segala urusanku, kedua ibubapaku, adik beradikku, dan sekalian mukminin dan mukminat...amin..amin..ya rabbal alamin....'

Sunday, November 21, 2010

LEE HYUKJAE

tadaaa!!! baracuda alert! with new colour.. n lee hyukjae.. ngeh3.. thanks nana! will update later.. headache lor...

na, ti aku blnje mkn. ngeeeee... syg ko!

Sunday, October 24, 2010

I MISS YOU....YES YOU!


Calling for Lunchsters!!!!! its time for our next gathering!!!!!!!!!!!!!!!!
wait for the next update ya.

Tuesday, October 12, 2010

MARI KITA BERAMAL!

Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan:


Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh

Surah Al Baqarah – Ayat 102

Anak2 pandai belajar

Surah Al Anbiyaa’- Ayat 79


Anak2 lembut hati/ elak panas baran

Surah Al Anbiyaa – Ayat 69,
Surah Al Hasyr – Ayat 22-24


Anak2 malas sekolah

Surah Toha ayat 1-5


Ayat pendinding

Ayat akhir surah At Taubah


Bg anak2 yg suka keluar malam

Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x


Untuk jadi pendinding rumah

Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray keliling rumah

1 minit untuk mengingat Allah

* Langkah 1:

* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:

* * SUBHANA’LLAH
* * ALHAMDULI’LLAH
* * LAA I LAAHA ILLA’LLAH
* * ALLAHU AKBAR
* * ASTAGHFIRU’LLAH
* * LAA ILAAHA ILLA’LLAH, MUHAMMADUR RASULU’LLAH
* * ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ‘ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI
* * WA SAHBIHI AJMA’EEN
* Langkah 2:

* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi
perkataan

* Langkah 3:

* Forward email ini kepada sekurang-kurangnya 7 orang yang anda kasihi.

* Hasil 1:
* Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk
* mengingat, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH SWT.

* Hasil 2:
* Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk
* mengingat, berdoa kepada Nabi Muhammad SAW.

* Hasil 3:
* Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya 7 orang telah mendoakan
* kesejahteraan untuk kamu dan di-AMIN-kan oleh para Malaikat.

Tuesday, September 21, 2010

EID 2010

salam!! hek3! Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua bloggersz!

how's my raya? kami bersederhana. alhamdulillah...Allah permudahkan segala urusan pada hari tersebut... berjaya cat rumah awal seminggu, tamatkan acara masak2 awal malam raya, leh tidur dan bgn pagi raya ngan mata yg segar, x seperti tahun2 sudah, asal malam raya jek mesti x tidur. pagi raya cam bese keluarga aku yg besar berkumpul dan secara x langsung cam ada kenduri jek kat umah nih. hihi..*peluh besar*

1 Syawal

pas sume2 balik dari masjid, nangis2 segala, dan abiskan separuh makanan kat umah, kami angkat kaki g serang umah2 jiran yg x balik kampung. ngehehehe... lama x jumpa wooo... my childhood friends... catching up, abiskan juadah depa plak.. dari satu umah ke satu umah... last umah cam bese umah pakcik, adik mak aku. hehehe... LAKSA SEDAP! mmg pesta makan x hingat pada 1 Syawal..*cam pose penuh je kan* balik, pengsan kekenyangan.

2 Syawal

orang gi raya, ktrg 1 family gi ulu yam mandi er terjun. panas wooo.... seb bek x ramai org... esknya demam. sebab berendam lama sgt. titik. -.-!!!

3 Syawal

turn kawan2 mabah datang bertandang ke rumah... aku x dpt entertain depa, bahana sakit perut. punca: makan banyak sangat. haihhh.... baru 27thn je kot...


......

that's my raya, spent with my most beloved family and besties. thats enough for me. i wont ask for more.


yeah. i love my privacy. i love my life. sgt bersyukur dgn apa yg aku ada. Alhamdulillah...


ja.


Friday, September 3, 2010

nak tgk bola.nak tgk bola.nak tgk bolaaaaaaaa... epl.............



tp xble....




mak pegang remote.......




-.-



senyum balik.... ^^


td g jumpa kawan lama... berubah habis.. Allah Maha Besar... sgt sopan terhadap suaminya...


dalam perjalanan balik dalam train, hati berdoa.. Ya Allah, moga2 aku tergolong dalam golongan wanita2 yang diredhai dan terpelihara tingkah laku untuk sesiapa pun yang bakal menjadi suamiku.... amin....

Wednesday, September 1, 2010

krisis, konflik antara Indonesian dan Malaysian terang-terangan mainan motif politik.

the thing is...why we, Malaysians, knowing that mainstream media's real(hidden) agenda since 2008 election, change our mind now, on this issue..? that is very interesting point.

when it comes to patriotism everyone get drifted away..Melayu mudah lupa..kata Dr. M.


x faham? ala... macam belajar buat karangan untuk PMR atau SPM dulu2.. setiap yang tersurat, pasti ada yang tersirat. apa yang kita nampak dengan mata kasar tu selalu mengaburi rasional akal. betul kan? kita tak di ajar buat analisis dari luaran atau hypothesis semata2. ada guideline yang asas perlu diikuti. assumptions wont do us any good.

Tuesday, August 31, 2010

MERDEKAKAH KITA?

hmmm.... bagi sesiapa yang tidak perasan.. 'we're moving backward actually.' perkataan merdeka itu sendiri sangat 'subjective'. dari segi teknologi, pembangunan memang kita ke hadapan. bagaimana pula dengan pemikiran? jadi.... merdekakah kita? renungkan...




kalau dengan laungan Merdeka! Merdeka! Merdeka! tiap 31 Ogos cukup untuk melambangkan yang kita 'merdeka', jadi Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 53 tahun, Malaysia.



-tanah airku, tempat tumpah darahku-

Saturday, August 28, 2010

RAMADHAN 1431H

salam Ramadhan 1431H..

Ramadhan kali ni datang dengan lebih cabaran dan dugaan buat aku... hampir berteriak ketidakpuashatian? ya. tapi rasional minda menghalang suara hati. Allah huAkbar, Allah Maha Besar. Allah tunjuk satu demi satu jalan keluar, dengan pilihan? ya. bukan kebiasaan untuk aku berjaga sepertiga malam, namun itu yg terjadi.

terngiang2 di telinga dan kepala.. ada suara halus berbisik, 'Allah takkan duga hambaNYA dengan dugaan yang tak tergalas di bahunya, kecuali yg mampu dihadapinya'.. tak semena2 air mata mengalir, rasa kecil diri ini...

sungguh, aku tak sekuat yg kalian sangkakan.. luaran mungkin. tapi rapuh di dalam.

sungguh, Ramadhan adalah bulan yg penuh dengan keberkatan. Allah huAkbar.



Wallahualam bi shawab


Friday, August 27, 2010

tagged by wawa!

1. Describe yourself ?
no other (super junior)

2. What do people feel when they’re around you?
let it rain (pavarotti ft. jon bon jovi)

3. Describe your current relationship ?
lies (big bang)

4. Where would you like to be right now?
keep the faith (kattun)

5. How do you feel about love?
the rose (bette midler)

6. What is your life like?
no matta matta (kattun)

7. What would you wish for if you only had one wish?
kizuna (kazuya kamenashi)

8. Say something wise ?
balloons (dbsk)

9. How would you describe yourself?
we belong together (big bang ft park bom)

10. What do you look for in a guy?
fool (big bang)

11. How do you feel today ?
rising sun (dbsk)

12. What’s your life’s purpose?
always (big bang)

13. What is your motto?
lies (big bang).. ceh! bleh aku x perasan ada 2 lies dalam mp3 nih.. -.-!!!

14. What do your friends think of you?
fans (epic high)

15. What do your parents think of you?
o (dbsk)

16. What do you think about very often?
wo you wo de young (fei lun hai)

17. What do you think of your best friend?
xie xie ni (she n fei lun hai)

18. What do you think of the person you like?
bonamana (super junior)

19. What is your life story?
viva forever (spice girls)

20. What do you want to be when you grow up?
sebelum cahaya (letto)

21. What do you think of when you see the person you like?
one love (acel bisa spring waltz ost)

22. What will you dance to at your wedding?
peaceful days (kattun)

23. What will play at your funeral?
she said (kattun) erk..

24. Biggest fear?
lollipop (big bang ft 2EN1)

25. Biggest secret
hug (dbsk)


heu3... baru perasan wa byk korean songs.... thanks 4 d tag!!!

Monday, August 16, 2010

teman dah penat jaga hati orang. skunk teman nak jaga hati sendiri jek. lantok kome leee....

Friday, August 13, 2010

anyone ever on phone with their CEO to promote the company's own product?? i did. and damn. no one care to notify me or at least warn me. the conversation.. it was like..#$^*(^$%@$#!... and whats with the special request? 'i want the same person to gv me a call back on mon'....???? wut the........... heh.... *hang x beli product tu,.. siap la!*

Sunday, August 8, 2010

salam... hi peeps.. im sleepy.. ahaks! had a great day, n tiring too... had to do ot until 230 and then off to iium to meet dearest friends, sisters and brothers.. hang out, laughing, running, and to see all the smiling faces is the greatest satisfaction. ahh... not to forget, miss 18 and 13! miss u 2 so much!!!

its been awhile ne.... the good old days..


thanks for the laugh.


ja.

Sunday, July 18, 2010

what will you do when someone say this to your face...
"dont be so obstinate about your belief, give it a rest.. its irritating.."

ive done my part. the rest is up to HIM.

Monday, July 12, 2010

wa suka nih!! keh3.. wa mng sur challenge smpene world cup kat ofis... akakakakak!!! x pasal2 dapat 50 hengget ngan voucher kepsi.... ngap3...*burppp...* err.. excuse me.

rentetan sur challenge tersebut...

wa wakil spain... kene compete sales ngan wakil portugal yakni chief group trsbut... ekekekeke... wa selalu wat bodo jek mende2 cenggini...*lambat sket nak register bila hal2 berkaitan ngan nombor* tetibe, pada hari bertanding.. Allah permudahkan urusan... murahkan rezeki... asal wa present jek, sales. ekekeke...plus takot ngan si pihak lawan yg menggerunkan ituh, maka terhasil la perasaan 'wa kene wat sales gak nih! by hook by crook'. dan end up ngan 11 sales berbalas 10. alhamdulillah... ekekekeke... sengit woo... wa sales, bro tu p0n sales... pastu leh men cak2 plak tuh.. just nak check pihak lawan tgh closing ato x..*process akhir menunjukkan insurance berjaya di jual* menakutkan sungg0h... men feeding frenzy p0n x menakutkan cenggitu.

moral of the story.. wa da tau da rahsia nak wat sales bebyk... kasi wa pressure sket, insyaAllah akan dapat apa yg dihajati.. emmm....

lelame cenggini... gugor rambut wa selai2..

Sunday, July 11, 2010

wa x tipu... wa memang 27 thn. pe la masalah lu nihhh.... mula2 tu suka la sbb org cam x caya. tp lama2 wa annoyed kott. kang wa scan id card tu kasi besar2, paste kat cni baru lu taw. YES PEOPLE, I AM 27th. NOT MARRIED YET. SO?? lagi sekali tny, wa tampar, herot pipiey cumel lu tu kang.

Saturday, July 10, 2010

WA NGANTUK NIH.....



*berfikir.......*



*fikir lagik.......*




*cam nak type sumthing..............*




*tp................*




*lupa.*




*aaaahhhh......its me on saturday*




*nice to meet you*

Tuesday, June 29, 2010

TANDA-TANDA KECIL BESAR ZAMAN

1. Zaman pergolakan mula berlaku

Bermula sekitar abad yang ke-20 Masihi, kejatuhan Dinasti Othmaniyyah yang telah memerintah empayar Islam selama lebih 600 tahun dan manjadi pusat khalifah umat islam sedunia. Dalam waktu yang sama, pemerintahan Hamarain iaitu kota suci Mekah dan Madinah terlebas dari gengaman ahlul-bait Rasulullah SAW yang merupakan penguasa tradisinya selama lebih 800 tahun. Penguasa tradisi bumi Hamarain yang dikenali sebagai Syarif-syarif Mekah ini menjadi lambing kerohanian umat islam sedunia sejak zaman berzaman. Mereka sentiasa bekerjasama erat dengan khalifah-khalifah Othmaniyyah dalam menjamin tradisi penyebaran serta perlaksanaan syiar Islam sedunia terus terpelihara dan dipertahankan, InsyaAllah. Dalam pertengahan kuruk ke-20 Masihi, suatu lagi tragedi besar telah berlaku, dimana wilayah Baitul Maqdis pula jatuh ke tangan pihak Yahudi.

Selepas Perang Dunia Pertama, buat pertama kalinya juga dalam sejarah umat Islam, pemerintahan Raja-Raja Islam yang sebenarnya mempunyai legitimasi kukuh dalam syariat telah ditumbangkan satu persatu dan digantikan dengan system pemerintahan yang berasaskan konsep yang dipraktikkan oleh masyarakat Rom di zaman pra Islam. Persempadanan Negara-negara Islam diwujudkan, semangat keagamaan yang kukuh dah ukhwah Islamiyyah digantikan dengan semangat nasionalisme. Pada akhir abad ke 20 Masihi pula, dengan berakhirnya Perang Dingin diantara dua kuasa besar dunia , iaitu Republik Amerika dan rejim komunis Rusia, maka susulan darinya bermulalah suatu era baru. Dengan dipelopori dan ditaja oleh persekutuan Yahudi dan Nasrani, suatu rancangan untuk menghancurkan umat Islam secara besar-besaran telah dipersepakati.

Dalam konteks ini, Rasullullah SAW telah bersabda:”Tegaklah pada kamu masa kenabian sampai beberapa lama yang dikehendaki Allah, maka terjadilah ia, kemudian diangkat. Kemudian tegaklah selepas itu pada kamu masa khalifah atas manhaj kenabian, maka terjadilah kepada kamu beberapa lama yang dikehendaki Allah, kemudian ia diangkat. Kemudian terjadilah padamu masa kerajaan yang menggigit (Mulkan Ad Dhudhan), maka terjadilah beberapa lama yang dikehandaki Allah, kemudian diangkat. Kemudian selepas itu tegaklah kerajaan yang menyeleweng (Mulkam Jabbariyyan) terjadilah ia beberapa lama yang dikehendaki Allah, kemudian diangkat. Selepas itu tegaklah padamu Khalifah atas manhaj kenabian, yang mengamalkan sunnah Rasul di kalangan manusia. Islam akan tersebar luas di mukabumi yang diredhai oleh penghuni langit dan bumi. Langit tidak akan meninggalkan setitis pun air hujan, kecuali ai mencurah ke muka bumi. Dan bumi tidak akan meningggalkan tanaman dan berkatnya kecuali ia akan mengeluarkannya.” (Hadith Riwayat Thabarani)

2. Penobatan Imam Al-Mahdi AS.

Penobatan Imam Al-Mahdi AS adalah dalam masa tempoh penguasaan kaum Yahudi dan Nasrani atas penduduk mukabumi telah sampai kekemuncaknya. Apabila kaum Yahudi dan Nasrani manjadi penguasa-penguasa dunia, dikatakan seorang lelaki dari keturunan Abu Sufyan akan lahir di Syria dan membunuh ramai ahlul-bail Rasulullah SAW dan menguasai Syria dan Mesir. Selepas itu terjadi satu peperangan sengit diantara kaum kaum Nasrani dengan kaum Muslimin dimana umat Islam menemui kekalahan. Semasa itu tanda-tanda kedatangan Imam Mahdi telah banyak muncul dan umat Islam sedunia mula mencari-carinya kerana sudah tidak tahan dengan keadaan dan penderitaan yang mereka alami.

Mengikut hadith Rasulullah, bila sampai masa tersebut Imam Mahdi AS akan muncul di kota suci Mekah membuat tawaf di sekeliling Kaabah. Dikatakan ia akan dikenali oleh sebilangan ulamak semasa berada di antara Hajaratul Aswad dan Maqam Nabi Ibrahim. Beliau akan diminta untuk menerima bye’ah sebagai Khalifah dan beliau enggan pada mulanya tetapi setelah terus didesak oleh alim ulamak di situ beliau terus menerimanya dengan terpaksa. Selepas kejadian itu, suatu seruan dari langit akan didengari oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Suara itu akan menyeru: “Inilah Khalifah Allah – Imam Al-Mahdi, oleh itu ikutlah dia.”

Selepas peristiwa bye’ah ini, maka bermulalah tanda-tanda besar hari Kiamat. Dengan berita pembai’ah Imam Mahdi AS tentera Islam dari Madinah kan ke kota Mekah. Pengikut-pengikutnya dari Syria dan Yaman akan bergabung untuk membantunya. Setelah itu Allah SWT mengutuskan kepadanya tentera dari Khurasan dengan panji-panji hitam meraka.

Dengan bantuan tentera-tentera Islam dari seluruh dunia, Imam mahdi akan berperang jihat fi sabilillah dengan semua musuh-musuh Islam sehingga menemui kemenangan yang padu. Selepas kemenangan Imam Mahdi AS, ia kan mula mentadbir pemerintahan umat Islam sedunia dengan penuh bijaksana dan adil.

3. Kemunculan Dajjal.

Dajjal dikatakan akan muncul antara Syria dan Iraq. Kedatangannya adalah semasa pemerintahan Imam Mahdi AS. Dajjal pada mulanya mengaku-ngaku sebagai Nabi dank an pergi ke Asfahan dimana tujuh puluh ribu kaum Yahudi akan bergabung dengannya. Kemudian Dajjal akan mengisytiharkan dirinya sebagai Tuhan. Kemana saja ai pergi kaum kuffar akan menjadi pengikut setianya sehingga ia sampai di luar sempadan kota suci Mekah. Bagaimanapun ia tidak dapat masuk kerana mMekah dilindungi para Malaikat. Lantas dajjal pergi pula ke Madinah dan disana pun meraka tidak dapat masuk. Kemudian ia akan menggoncang dan menggegarkan kota Madinah sehingga terjadinya gempa bumi sebnyak tiga kali. Sesiapa di kalangan penduduk madinah yang lemah imannya akan tunduk kepada Dajjal. Dikatakan kemunculah Dajjal adalah untuk selama 40 hari.

Sebuah hadith dari An Nuwas bin Sam’an menyebut:
“Kami bertanya:”wahai Rasulullah,berapa lamakah tinggalnya Dajjal dimuka bumi ini?”. Baginda menjawab:” Empat puluh hari, (dimana) satu hari diwaktu itu menyamai setahun, satu hari seperti sebulah, sehari sebagaimana satu Jumaat, semua hari (waktu itu) sama dengan hari-harimu (sekarang ini)” Kami bertanya lagi:”Wahai Rasulullah, sehari yang menyamai setahun itu adakah cukup solat dengan sekali saja dalam sehari?” Baginda menjawab:”Tidak, hendaklah kamu perkirakan (solat itu) untuk satu hari itu sesuai dengan ketentuannya yang berlaku.

Selepas Dajjal bermaharajalela melakukan kezaliman dan mengepung orang-orang beriman, maka pada suatu hari semasa azan Subuh, di waktu itu Imam Mahdi AS dan para pengikutnya sedang bersiap untuk mengerjakan solat, mereka akan ternampak Nabi Isa AS turun dari langit dengan ditemani oleh dua Malaikat. Nabi Isa berjumpa dengan Imam Mahdi AS dan menyatakan ia dihantarn kebumi oleh Allah SWT sebagai melaksanakan janjiNya untuk menghapuskan Dajjal.

Kemudian Dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa AS di sebuah tempat bernama "Babu Ludd" berdekatan Baitul Maqdis. Dalam tempoh itu juga kaum muslimin akan membunuh saki baki orang kafir yang masih ada di mukabumi ini sehingga dengan izin Allah SWT tidak ada lagi seorang pun di kalangan mereka (orang kafir) yang tinggal. Menurut riwayat khinzir juga akan dihapuskan dimukabumi ini.

4. Kemunculan Yakjuu dan Makjuj.

Selepas beberapa waktu, Imam Mahdi AS pun wafat dan pemerintahan umat Islam akan diambil alih oleh Nabi Isa AS. Kemudian muncul pula makluk Yakjuj dan Makjuj yang memakan apa saja ciptaan Allah SWT di mukabumi termasuklah binatang dan manusia, yang bernyawa mahupun bangkai.

Allah menurunkan wahyu kepada NAbi Isa AS yang bermaksud:
"(Wahai Isa!). Sesungguhnya ana telah melepaskan hamba-hambaKu yang sangat ganas, yang tidak ada siapa yang dapat melawan mereka. Oleh itu bersegeralah engkau selamatkan hamba-hambaKu yang ada bersamamu ke arah Bukit Thor."

Dalam masa ini Nabi Isa AS dan kaum muslimin akan berlindung di Gua Toor atas perintah dari Allah SWT. Setelah habis tempohnya, Allah SWT akan menghancurkan Yakjuj dan Makjuj dan keluarlah kaum muslimin dari tempat perlindungan mereka di gua. Selepas beberapa tahun memerintah, Nabi Isa AS pun wafat dan dikebumikan di makam Rasulullah SAW. Dikala itu bumi penuh berekah dan akan dipimpin oleh raja-raja yang adil dan bertaqwa.

5. Kemunculan Kabus ad-Dukhan.

Masa keberkatan ini akan beralih pula pada suatu masa yang dikatakan sebagai masa penamat usia alam ini. Kebaikan akan bertukar menjadi kemungkaran sehingga tak terbendung. Dalam masa ini, dikatakan suatu hari langit kan dilitupi kabus (ad- Dukhan) yang kemudiannya turun kebumi. Mereka yang masih beriman akan mendapat sedikit kesakitan, orang-orang kafir pula akan pengsan. Kabus ini berlaku selama 40 hari.

6. Berlakunya tiga gempa bumi yang besar.

Berlakunya tiga gempa bumi yang besar.

Ertinya:
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka". (H.R. Muslim).

7. Terbitnya Matahari dari arah barat.

Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.

8. Api dari negeri Yaman.

Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman. Semasa manusia lari dari api yang mula merebak, diriwayatkan ada dikalangan dari manusia berjalan, berlari dan ada jugak yang merangkak.

9. Tiupan Sangkakala

Dengan kedengaran bunyi ini maka berakhirlah segala urusan di dunia ini, semua umat manusia akan musnah (mati). Maha suci Allah yang Maha berkuasa, hanya Allah sahaja yang tahu keadaan yang akan bakal menimpa umat manusia serta keadaan di mana alam dunia yang akan dimusnahkan.


tanda pertama.....


*Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com (http://www.ukhwah.com)



Saturday, June 26, 2010

HEAD OVER HEELS

salam! selamat ari bermalasan sedunia!!! kekekekeke... aku ade task baru sebenarnye.. kene buat revision.. tapi malas nak buka notes. kene transfer campaign untuk tiga hari.. jadi kena master product tu plak... masuk bulan ke tujuh kerja, this is the 4th product.. dan ari isnin ni dah kena start present. sgt cuak. tp at the same time sgt excited sbb blaja benda baru. ekekekekek.. my chinese colleague once said, 'hey dieya, u've got split personality arent u? sbb wa tgk lu luar waktu kerja lain, once u enter call floor, u turn to a workaholic alien, u scared me lor..' kahkahkah!!! alalalala amoi oi... tu bukan split persnality lor.. thats what we call being flexible. time kije, kije la. time huha, huha lor....'

lagip0n aku ada matlamat aku sendiri. menjadi yg bertanggungjawab untuk uruskan bahagian kewangan family, aku kena work hard and apa p0n yang aku buat aku kena determined! bila jatuh, bangun balik dengan segala kudrat yang ada. aku tak boleh jadi cam orang lain yg buat kerja macam melepaskan batuk di tangga. aku tau ada suara soksek2 di belakang melontarkan kata2 yang kurang menarik untuk didengari sebab ke'serious'an aku di call floor... dan di depan pijak semut p0n semut tu hidup lagi. kekekek... aku sedar tu.. tapi ada aku kesah. yang penting aku capai apa yang aku nak dan aku tak kacau kerja orang lain. dan sampai la ni, aku tak faham kenapa orang sebangsa sendiri xleh tgk saudara2 dia maju. jadi jangan marah la sekiranya aku lebih senang bersendirian atau bergaul dgn bangsa lain dari bangsa sendiri.

terus terang dari sudut hati, aku rindukan angklung. aku rindukan bunyi goncangan alat muzik yang mengeluarkan alunan merdu yang keluar dari not yang berbeza. especially bunyi 13 n 18. dan aku mimpikan kamu berdua semalam ya. tak tipu. aku mimpi bersama2 kamu berdua mainkan lagu bujang lapok. alahai mimpi. aku nekad nak ke uia untuk berjumpa kalian. nantikan ya.


ja ne.

Saturday, June 12, 2010

27

salam. hi there. its been a while ne. ive been working for six month now. 27. this figure make me realize that i need to move on. damn. i hate changes. byk perkara da berubah... and masalah pon bertambah. mengeluh? nah... culture shock jap? ya. mungkin sebab aku da biasa hidup sendiri, buat keputusan sendiri.. jadi bila setiap kali aku nak berbuat sesuatu orang bertanya-tanya, aku jadi rimas. kalau sebelum ni aku leh gamble je nak buat pe pun, now i have to think twice. coz my decision would affect others. im adapting.. have to. i love my job tho its tough. back then i used to questioned myself, 'ko sure ke nih? keje ni high risk..' but i took the challenge and ive accomplished what ive been aiming for and i am thankful to Allah for it. and now what left is to maintain, improve and aim for more.

geezz... getting older adalah sgt tak cool... esp when others put high expectation on you. its burdensome. dan aku dah mula rimas dengan angka ini. tak baik kan... tu la..


ja ne.

Sunday, May 2, 2010

UNTITLED

salam. bila enter satdieyatun.blogspot.com, rasa cam nak taip sesuatu. but i can't find the right words dan tak tau nak start dari mana. masalahnya hati tak berhenti berkata-kata. tapi tangan tak mau ikut arahan hati. kepala jammed. maybe neuron-neuron yang bertugas menyampaikan mesej tu pun stuck sebab aliran darah tak berapa nak lancar? masalah nak melontarkan isi yang terpendam dalam hati makin teruk. hati yang dah tak rasa apa-apa menyokong kepada kedegilan hati untuk menonjolkan keadaan dia yang sebenar. mungkin ini lebih baik? when your heart feel numb, you wont feel anything anymore, even a little scratch on it, right. yeah, mungkin keadaan ini lebih baik.

Saturday, May 1, 2010

UN OR ISA, YOU CHOOSE

Malaysia should earn seat UN rights seat with reforms: HRW

KUALA LUMPUR, April 28, 2010 (AFP) – Malaysia must urgently introduce reforms to justify its bid for a seat on the UN Human Rights Council, Human Rights Watch said Wednesday.

It called on the government to abolish security laws that allow detention without trial, overhaul legislation limiting freedom of expression, protect migrant workers, and ratify international rights treaties.

"Malaysia needs to show a stronger commitment to human rights if it wants to be taken seriously at the Human Rights Council," said Phil Robertson, the US-based group's deputy Asia director.

"We don't want to see a repeat of 2006, when Malaysia made a series of promises while seeking a seat, then broke them all," he said in a statement.

Malaysia previously served on the UN council from 2006 to 2009, and announced plans last year to seek a place for the council's 2010-2013 term in elections that take place on May 13.

Human Rights Watch said Iran's withdrawal last week left only four candidates for four Asian seats, making Malaysia's election likely, but added that it still has to win the support of a majority of the UN General Assembly.

It called on Malaysia to issue a standing invitation to UN rights experts to visit the country, saying there were eight pending applications for visits, some dating back to 2002.

The watchdog called for the removal of the tough Internal Security Act (ISA), which dates from the colonial era and has been used to detain political opponents as well as suspected terrorists.

"On and off promises to tinker with the ISA are not enough, it's time the law was scrapped," Robertson said.

The government said late last year it would amend the ISA during the current parliamentary sitting but announced last month that the changes would be delayed.

In its annual report last year, leading Malaysian rights group Suaram criticised Prime Minister Najib Razak's performance since he took office in 2009, including the arrest of nearly 600 people in an anti-ISA protest.-yahoo news


the option is- if you choose UN, you'll risk your nation's sovereignty, if ISA, you'll lose seat at UN-so called human rights council.

do google over their achievements 1st before you make your own judgement. it is a must people.

to those who care.

ja ne.


Saturday, April 24, 2010

Wawa and Grax tagged.

Wawa and Grax tagged.

Its been awhile after we doin this kinda tag. kekeke... ayat nana masa aku tny cane nak buat dulu.. 'ala.. cam men kejar2 tu..'

let see..

1. Adakah anda rasa anda HOT?
Memang tak arrrr...... H.O.T ble?? candy?? kekekeke...

2. Upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang.



3. Cerita pasal gambar
picture speaks louder than words

4. Kali terakhir anda makan pizza?
last month.. buhsan suda...

5. Lagu terakhir anda dengar?
let it rain- jon bon jovi n lucianno pavarotti

6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
tengah dengar adik den membebel pasal bf dier... -.-!!!! geezz..

7. Selain nama sendiri, anda dipanggil dengan nama apa
sath-dieya-tun-didi-ya-uda-adik-pretty crab-baracuda-dan pendek *amaran-kat umah je..
i repeat.. nama ni valid kat umah jek. sekian-

8. Tag lagi 8 orang
- adleen
- faza
- amy
- nana
- alia
- fairuz
- syam
- fiza


9. Siapakah orang No.1. kepada anda?
Raja Nurwahida Adleen Raja Munir Shah

10. Katakan sesuatu kepada orang No.5
udah2 le tu... asal cuti je gaduh.. asal gaduh je cuti... tade buhsan ka?

11. No.3 ada hubungan dengan siapa?
erk... bespren wadi....? ^^v

12. Bagaimana pula dengan No.4?
wo bu qi dao.. *wink2*

13. Pesanan kepada orang No. 6
all the best sis!!!

14. Kata-kata cinta untuk orang No. 2
biar masa menentukan segala2nya

15. Adakah No.7 dan No.8 ada persamaan?
mereka adalah ex-rumate yang suka menari kat bilik tapi x mengaku.. oppps!

16. Berikan 5 yang anda tau tentang orang yang mengetag anda
:: wawa n grax emosional tapi mereka adalah antara pengkritik membina yang saya hormati.
:: wawa takkan berhenti selagi x achieve her dreams.
:: grax could be irritating person at times but once u know him, he is surprisingly sweet n nice. trust me.
:: wawa is kuZahir kuAhmad-to-be
:: this may sound weird, but grax could be funny sumtimes when he let his guard down.. ekekeke... ^^

17. Persamaan antara kambing dan lembu
daging2 yg menambah kolestrol dalam badan manusia

18. Perasaan anda buat Tag ini?
rindu kat depa2 sambil buat mende nih.

19. Gay or Les?
or

Saturday, April 3, 2010

DOKBOKKI.. HAIZ... :''(

salam! huh... when was the last time me update this blog? 2 or 3 monts?? o.0 lotsa things to be told.. but dunno where to start.. geezz.. *thinking hard*

1st- work: its getting tougher day by day.. the task is easy, yes. but the 'people' make it hard.. and at times im got irritated and annoyed.. but i'll survive.. insyaAllah. and now i am Certified Prof. Insurance Agent. *tambah koleksi cert* alhamdulillah... got spa exam to attend next week.. haiz.. wish me all the best peeps.

2nd- life: !@$#%$^@$%$^&*^($@!()).. yeah.. i'll survive.. thanks to Allah and my dearest friends who always there when i need them..*bear hugs*

3rd- love: ilhsm.. haha...

errr... there're some more... but i think it's enuf.. for now..


ja ne..

Sunday, February 14, 2010

salam.. sedang aku melayari alam maya.. tetibe aku di kejut dari tidur yg panjang..

'Dengar sini, "Allah Maha Kuasa, makhluk takde kuasa.." Dan.. "Ingatlah di dunia tidak ada masalah yang besar. Semuanya kecil. Masalah yang besar adalah selepas kematian. Adakah kita dapat ucap kalimat Tauhid ketika akhir qalam?,adakah kita dapat jawab soalan mungkar dan nakir?,adakah kita selamt dipadang mahsyar?,adakah kita dapat buku catatan amalan dengan tangan kanan?,adakah kita dapat melintasi titian sirath dengan selamat?,dan adakah kita dapat masuk syurga? Semua masalah ni besar. Tak dapat nak selesaikan walau kita kat dunia jutawan,walau kat dunia kita terkenal,walau kat dunia kita ada pangkat yang besar,walau kita kat dunia pemerintah yang mahsyur. Tidak semudah itu untuk selamat di akhirat melainkan seseorang yang membawa bekalan iman dan amal yang sempurna." OK..? Ingat tue..

Subhanallah.. Maha Suci Allah...

Monday, January 11, 2010

salam! surprise3!! hehe... im on leave. only after three weeks of working. wae? easy. migrain. not because of work, for sure. to my surprise, i must say im missing quill 7 already. haih... adakah ini yang dinamakan 'workaholic'? hua3.. last week was tough for me. yang mana perkara2 yang terjadi benar2 menguji kesabaran dan ketabahan aku sepanjang 26 years of living. watching your abah tahan sakit is more painful than the sakit itself, trust me. he's always loud, strong and healthy, and another day, abah terbaring atas katil dengan suara lemah tahan sakit. oho... it was like.. and i cant cry either. suara dlm kepala. 'jgn nangis!, ko nangis yg lain cane?!' jadi aku kena kuat. mak tak boleh terima tekanan. jadi ko kena kuat! abah, ya takkan nangis, tapi abah kena sihat balik. Ya Allah... aku bermohon kepadaMU.. tolong beri aku kesempatan untuk berkhidmat kepada kedua ibubapaku... amin..amin.. ya rabbal a'lamin...