Tuesday, June 29, 2010

TANDA-TANDA KECIL BESAR ZAMAN

1. Zaman pergolakan mula berlaku

Bermula sekitar abad yang ke-20 Masihi, kejatuhan Dinasti Othmaniyyah yang telah memerintah empayar Islam selama lebih 600 tahun dan manjadi pusat khalifah umat islam sedunia. Dalam waktu yang sama, pemerintahan Hamarain iaitu kota suci Mekah dan Madinah terlebas dari gengaman ahlul-bait Rasulullah SAW yang merupakan penguasa tradisinya selama lebih 800 tahun. Penguasa tradisi bumi Hamarain yang dikenali sebagai Syarif-syarif Mekah ini menjadi lambing kerohanian umat islam sedunia sejak zaman berzaman. Mereka sentiasa bekerjasama erat dengan khalifah-khalifah Othmaniyyah dalam menjamin tradisi penyebaran serta perlaksanaan syiar Islam sedunia terus terpelihara dan dipertahankan, InsyaAllah. Dalam pertengahan kuruk ke-20 Masihi, suatu lagi tragedi besar telah berlaku, dimana wilayah Baitul Maqdis pula jatuh ke tangan pihak Yahudi.

Selepas Perang Dunia Pertama, buat pertama kalinya juga dalam sejarah umat Islam, pemerintahan Raja-Raja Islam yang sebenarnya mempunyai legitimasi kukuh dalam syariat telah ditumbangkan satu persatu dan digantikan dengan system pemerintahan yang berasaskan konsep yang dipraktikkan oleh masyarakat Rom di zaman pra Islam. Persempadanan Negara-negara Islam diwujudkan, semangat keagamaan yang kukuh dah ukhwah Islamiyyah digantikan dengan semangat nasionalisme. Pada akhir abad ke 20 Masihi pula, dengan berakhirnya Perang Dingin diantara dua kuasa besar dunia , iaitu Republik Amerika dan rejim komunis Rusia, maka susulan darinya bermulalah suatu era baru. Dengan dipelopori dan ditaja oleh persekutuan Yahudi dan Nasrani, suatu rancangan untuk menghancurkan umat Islam secara besar-besaran telah dipersepakati.

Dalam konteks ini, Rasullullah SAW telah bersabda:”Tegaklah pada kamu masa kenabian sampai beberapa lama yang dikehendaki Allah, maka terjadilah ia, kemudian diangkat. Kemudian tegaklah selepas itu pada kamu masa khalifah atas manhaj kenabian, maka terjadilah kepada kamu beberapa lama yang dikehendaki Allah, kemudian ia diangkat. Kemudian terjadilah padamu masa kerajaan yang menggigit (Mulkan Ad Dhudhan), maka terjadilah beberapa lama yang dikehandaki Allah, kemudian diangkat. Kemudian selepas itu tegaklah kerajaan yang menyeleweng (Mulkam Jabbariyyan) terjadilah ia beberapa lama yang dikehendaki Allah, kemudian diangkat. Selepas itu tegaklah padamu Khalifah atas manhaj kenabian, yang mengamalkan sunnah Rasul di kalangan manusia. Islam akan tersebar luas di mukabumi yang diredhai oleh penghuni langit dan bumi. Langit tidak akan meninggalkan setitis pun air hujan, kecuali ai mencurah ke muka bumi. Dan bumi tidak akan meningggalkan tanaman dan berkatnya kecuali ia akan mengeluarkannya.” (Hadith Riwayat Thabarani)

2. Penobatan Imam Al-Mahdi AS.

Penobatan Imam Al-Mahdi AS adalah dalam masa tempoh penguasaan kaum Yahudi dan Nasrani atas penduduk mukabumi telah sampai kekemuncaknya. Apabila kaum Yahudi dan Nasrani manjadi penguasa-penguasa dunia, dikatakan seorang lelaki dari keturunan Abu Sufyan akan lahir di Syria dan membunuh ramai ahlul-bail Rasulullah SAW dan menguasai Syria dan Mesir. Selepas itu terjadi satu peperangan sengit diantara kaum kaum Nasrani dengan kaum Muslimin dimana umat Islam menemui kekalahan. Semasa itu tanda-tanda kedatangan Imam Mahdi telah banyak muncul dan umat Islam sedunia mula mencari-carinya kerana sudah tidak tahan dengan keadaan dan penderitaan yang mereka alami.

Mengikut hadith Rasulullah, bila sampai masa tersebut Imam Mahdi AS akan muncul di kota suci Mekah membuat tawaf di sekeliling Kaabah. Dikatakan ia akan dikenali oleh sebilangan ulamak semasa berada di antara Hajaratul Aswad dan Maqam Nabi Ibrahim. Beliau akan diminta untuk menerima bye’ah sebagai Khalifah dan beliau enggan pada mulanya tetapi setelah terus didesak oleh alim ulamak di situ beliau terus menerimanya dengan terpaksa. Selepas kejadian itu, suatu seruan dari langit akan didengari oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Suara itu akan menyeru: “Inilah Khalifah Allah – Imam Al-Mahdi, oleh itu ikutlah dia.”

Selepas peristiwa bye’ah ini, maka bermulalah tanda-tanda besar hari Kiamat. Dengan berita pembai’ah Imam Mahdi AS tentera Islam dari Madinah kan ke kota Mekah. Pengikut-pengikutnya dari Syria dan Yaman akan bergabung untuk membantunya. Setelah itu Allah SWT mengutuskan kepadanya tentera dari Khurasan dengan panji-panji hitam meraka.

Dengan bantuan tentera-tentera Islam dari seluruh dunia, Imam mahdi akan berperang jihat fi sabilillah dengan semua musuh-musuh Islam sehingga menemui kemenangan yang padu. Selepas kemenangan Imam Mahdi AS, ia kan mula mentadbir pemerintahan umat Islam sedunia dengan penuh bijaksana dan adil.

3. Kemunculan Dajjal.

Dajjal dikatakan akan muncul antara Syria dan Iraq. Kedatangannya adalah semasa pemerintahan Imam Mahdi AS. Dajjal pada mulanya mengaku-ngaku sebagai Nabi dank an pergi ke Asfahan dimana tujuh puluh ribu kaum Yahudi akan bergabung dengannya. Kemudian Dajjal akan mengisytiharkan dirinya sebagai Tuhan. Kemana saja ai pergi kaum kuffar akan menjadi pengikut setianya sehingga ia sampai di luar sempadan kota suci Mekah. Bagaimanapun ia tidak dapat masuk kerana mMekah dilindungi para Malaikat. Lantas dajjal pergi pula ke Madinah dan disana pun meraka tidak dapat masuk. Kemudian ia akan menggoncang dan menggegarkan kota Madinah sehingga terjadinya gempa bumi sebnyak tiga kali. Sesiapa di kalangan penduduk madinah yang lemah imannya akan tunduk kepada Dajjal. Dikatakan kemunculah Dajjal adalah untuk selama 40 hari.

Sebuah hadith dari An Nuwas bin Sam’an menyebut:
“Kami bertanya:”wahai Rasulullah,berapa lamakah tinggalnya Dajjal dimuka bumi ini?”. Baginda menjawab:” Empat puluh hari, (dimana) satu hari diwaktu itu menyamai setahun, satu hari seperti sebulah, sehari sebagaimana satu Jumaat, semua hari (waktu itu) sama dengan hari-harimu (sekarang ini)” Kami bertanya lagi:”Wahai Rasulullah, sehari yang menyamai setahun itu adakah cukup solat dengan sekali saja dalam sehari?” Baginda menjawab:”Tidak, hendaklah kamu perkirakan (solat itu) untuk satu hari itu sesuai dengan ketentuannya yang berlaku.

Selepas Dajjal bermaharajalela melakukan kezaliman dan mengepung orang-orang beriman, maka pada suatu hari semasa azan Subuh, di waktu itu Imam Mahdi AS dan para pengikutnya sedang bersiap untuk mengerjakan solat, mereka akan ternampak Nabi Isa AS turun dari langit dengan ditemani oleh dua Malaikat. Nabi Isa berjumpa dengan Imam Mahdi AS dan menyatakan ia dihantarn kebumi oleh Allah SWT sebagai melaksanakan janjiNya untuk menghapuskan Dajjal.

Kemudian Dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa AS di sebuah tempat bernama "Babu Ludd" berdekatan Baitul Maqdis. Dalam tempoh itu juga kaum muslimin akan membunuh saki baki orang kafir yang masih ada di mukabumi ini sehingga dengan izin Allah SWT tidak ada lagi seorang pun di kalangan mereka (orang kafir) yang tinggal. Menurut riwayat khinzir juga akan dihapuskan dimukabumi ini.

4. Kemunculan Yakjuu dan Makjuj.

Selepas beberapa waktu, Imam Mahdi AS pun wafat dan pemerintahan umat Islam akan diambil alih oleh Nabi Isa AS. Kemudian muncul pula makluk Yakjuj dan Makjuj yang memakan apa saja ciptaan Allah SWT di mukabumi termasuklah binatang dan manusia, yang bernyawa mahupun bangkai.

Allah menurunkan wahyu kepada NAbi Isa AS yang bermaksud:
"(Wahai Isa!). Sesungguhnya ana telah melepaskan hamba-hambaKu yang sangat ganas, yang tidak ada siapa yang dapat melawan mereka. Oleh itu bersegeralah engkau selamatkan hamba-hambaKu yang ada bersamamu ke arah Bukit Thor."

Dalam masa ini Nabi Isa AS dan kaum muslimin akan berlindung di Gua Toor atas perintah dari Allah SWT. Setelah habis tempohnya, Allah SWT akan menghancurkan Yakjuj dan Makjuj dan keluarlah kaum muslimin dari tempat perlindungan mereka di gua. Selepas beberapa tahun memerintah, Nabi Isa AS pun wafat dan dikebumikan di makam Rasulullah SAW. Dikala itu bumi penuh berekah dan akan dipimpin oleh raja-raja yang adil dan bertaqwa.

5. Kemunculan Kabus ad-Dukhan.

Masa keberkatan ini akan beralih pula pada suatu masa yang dikatakan sebagai masa penamat usia alam ini. Kebaikan akan bertukar menjadi kemungkaran sehingga tak terbendung. Dalam masa ini, dikatakan suatu hari langit kan dilitupi kabus (ad- Dukhan) yang kemudiannya turun kebumi. Mereka yang masih beriman akan mendapat sedikit kesakitan, orang-orang kafir pula akan pengsan. Kabus ini berlaku selama 40 hari.

6. Berlakunya tiga gempa bumi yang besar.

Berlakunya tiga gempa bumi yang besar.

Ertinya:
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka". (H.R. Muslim).

7. Terbitnya Matahari dari arah barat.

Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.

8. Api dari negeri Yaman.

Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman. Semasa manusia lari dari api yang mula merebak, diriwayatkan ada dikalangan dari manusia berjalan, berlari dan ada jugak yang merangkak.

9. Tiupan Sangkakala

Dengan kedengaran bunyi ini maka berakhirlah segala urusan di dunia ini, semua umat manusia akan musnah (mati). Maha suci Allah yang Maha berkuasa, hanya Allah sahaja yang tahu keadaan yang akan bakal menimpa umat manusia serta keadaan di mana alam dunia yang akan dimusnahkan.


tanda pertama.....


*Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com (http://www.ukhwah.com)



Saturday, June 26, 2010

HEAD OVER HEELS

salam! selamat ari bermalasan sedunia!!! kekekekeke... aku ade task baru sebenarnye.. kene buat revision.. tapi malas nak buka notes. kene transfer campaign untuk tiga hari.. jadi kena master product tu plak... masuk bulan ke tujuh kerja, this is the 4th product.. dan ari isnin ni dah kena start present. sgt cuak. tp at the same time sgt excited sbb blaja benda baru. ekekekekek.. my chinese colleague once said, 'hey dieya, u've got split personality arent u? sbb wa tgk lu luar waktu kerja lain, once u enter call floor, u turn to a workaholic alien, u scared me lor..' kahkahkah!!! alalalala amoi oi... tu bukan split persnality lor.. thats what we call being flexible. time kije, kije la. time huha, huha lor....'

lagip0n aku ada matlamat aku sendiri. menjadi yg bertanggungjawab untuk uruskan bahagian kewangan family, aku kena work hard and apa p0n yang aku buat aku kena determined! bila jatuh, bangun balik dengan segala kudrat yang ada. aku tak boleh jadi cam orang lain yg buat kerja macam melepaskan batuk di tangga. aku tau ada suara soksek2 di belakang melontarkan kata2 yang kurang menarik untuk didengari sebab ke'serious'an aku di call floor... dan di depan pijak semut p0n semut tu hidup lagi. kekekek... aku sedar tu.. tapi ada aku kesah. yang penting aku capai apa yang aku nak dan aku tak kacau kerja orang lain. dan sampai la ni, aku tak faham kenapa orang sebangsa sendiri xleh tgk saudara2 dia maju. jadi jangan marah la sekiranya aku lebih senang bersendirian atau bergaul dgn bangsa lain dari bangsa sendiri.

terus terang dari sudut hati, aku rindukan angklung. aku rindukan bunyi goncangan alat muzik yang mengeluarkan alunan merdu yang keluar dari not yang berbeza. especially bunyi 13 n 18. dan aku mimpikan kamu berdua semalam ya. tak tipu. aku mimpi bersama2 kamu berdua mainkan lagu bujang lapok. alahai mimpi. aku nekad nak ke uia untuk berjumpa kalian. nantikan ya.


ja ne.

Saturday, June 12, 2010

27

salam. hi there. its been a while ne. ive been working for six month now. 27. this figure make me realize that i need to move on. damn. i hate changes. byk perkara da berubah... and masalah pon bertambah. mengeluh? nah... culture shock jap? ya. mungkin sebab aku da biasa hidup sendiri, buat keputusan sendiri.. jadi bila setiap kali aku nak berbuat sesuatu orang bertanya-tanya, aku jadi rimas. kalau sebelum ni aku leh gamble je nak buat pe pun, now i have to think twice. coz my decision would affect others. im adapting.. have to. i love my job tho its tough. back then i used to questioned myself, 'ko sure ke nih? keje ni high risk..' but i took the challenge and ive accomplished what ive been aiming for and i am thankful to Allah for it. and now what left is to maintain, improve and aim for more.

geezz... getting older adalah sgt tak cool... esp when others put high expectation on you. its burdensome. dan aku dah mula rimas dengan angka ini. tak baik kan... tu la..


ja ne.