Wednesday, September 9, 2009

APABILA HATI BERKATA-KATA

JAKARTA 8 Sept. - Sekumpulan penunjuk perasaan bersenjata buluh runcing menahan kenderaan-kenderaan yang melalui Jalan Deponegoro di sini dalam gerakan yang dipanggil 'Sweeping Malaysia' (Sapu Malaysia) bagi mencari dan mengusir rakyat Malaysia.

Kumpulan berkenaan yang mengikat bendera Indonesia di kepala bertindak menahan semua kenderaan dan meminta pemandu dan penumpang menyerahkan kad pengenalan masing-masing.

Sebuah televisyen tempatan, Metronews melaporkan kumpulan berkenaan bertindak merampas kad pengenalan rakyat Malaysia supaya mereka diusir dari Indonesia.

Setakat ini, tiada laporan rakyat Malaysia yang ditahan oleh kumpulan tersebut atau dirampas kad pengenalan mereka.

Kumpulan itu juga merancang untuk mengadakan tunjuk perasaan kali kedua di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di sini.

Kumpulan terbabit yang tidak berpuas hati dengan sikap berlembut Kerajaan Indonesia terhadap Malaysia berhubung isu tarian Pendet sebelum ini telah mengadakan tunjuk perasaan di hadapan kedutaan tersebut.

Indonesia sebelum ini menuduh Malaysia sengaja menggunakan tarian Pendet berasal dari Bali dalam promosi pelancongan, walaupun kesilapan itu sebenarnya dilakukan oleh sebuah syarikat swasta dan tidak membabitkan kerajaan Malaysia.

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta difahamkan telah menghubungi para pelajar dan rakyat Malaysia di Indonesia supaya mengambil langkah berjaga-jaga serta tidak pergi ke kawasan yang sensitif.

Kedutaan juga telah meminta Kementerian Luar dan Polis Indonesia supaya mengambil langkah sewajarnya bagi melindungi rakyat Malaysia.

Sementara itu, Detikcom melaporkan 'Sweeping Malaysia' berlangsung selama kira-kira 30 minit dalam suasana 'cukup tegang'.

Pengguna jalan raya berkenaan terkejut kerana mereka ditahan oleh sekumpulan penunjuk perasaan yang menggunakan senjata buluh runcing dan diminta mereka menyerahkan kad pengenalan masing-masing untuk diperiksa. - Utusan


SEKUMPULAN lelaki Indonesia mengadakan sekatan jalan haram sambil memegang sepanduk `Maaf Jalan Anda Terganggu : Sweeping Orang Malaysia’’ di Jakarta semalam. Dalam sekatan itu mereka menyoal pemandu dan penumpang seandainya mereka warga Malaysia. Kedutaan Malaysia meminta warganya supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan mengelak daripada melalui kawasan sekatan itu. - AFP

dah baca? meh kita buat analisis.

sejarah mencatatkan perselisihan faham antara indonesian dan malaysian telah wujud sejak zaman t0k kaduk lagi.. perebutan pulau, perebutan kuasa hinggalah perebutan hakcipta lagu rakyat. heh.. apakah?? tiada yang perasankah, ada pihak cuba mengambil kesempatan atas konflik serantau ini? yang mana mereka hanya tunggu peluang untuk interfere into your country sovereignty. wahai asian, hubungan anda sangat dicemburui oleh penduduk bukan garisan khatulistiwa. keakraban kamu buat mereka rasa marah. sila sedar fakta itu. jangan biarkan perkara remeh temeh sebegini merosakkan ikatan yang sedia ada. kita bergaduh begini, mereka bersorak di sana. tahukah anda, asia tenggara paling digeruni selepas afrika. kenapa? sebab sifat ketuanan kita.. kerana adab dan budaya kita.. kerana sifat patriotik dan hormatkan satu sama lain.. dan yang paling penting asian tegas dalam lembut. nilai-nilai ini sangat digeruni oleh mana2 kuasa besar di luar sana. sila sedar akan betapa pentingnya suara anda. sila terapkan kembali konsep ini.. 'bersatu teguh, bercerai roboh'. aku tak mahu perang dunia ke dua berulang kembali. aku serius.



8 comments:

emy said...

takotnyer kucar kacir..

Scarred Soul said...

In my opinion, ini berpunca pabila kebudayaan itu diletakkan di garis sempadan negara.

Bukankan kita serumpun?

Dan isu ini di sana diselesaikan dengan hati, bukan dengan kepala.

Bermula dengan isu Rasa Sayang... lalu segala benda remeh temeh diperbesarkan.

Mengenai isu tarian pendet itu, Discovery channel dah clarify yang ia bukan salah Malaysia.

Lalu apa lagi yang mereka mahu?

Malingsia lah...

Ganyang Malaysia lah...

Tapi tahu pula marah bila kita pendekkan Indonesia jadi Indon.

Sedangkan connotation yang mereka guna lagi teruk.

I got so sick and tired lah dengan kerenah mereka ni!

azuwa said...

salah faham. tu puncanya.
betul kate tiqah, kita semua serumpun, satu seantero nusantara, tiada perbezaan. kalo ada cuma sedikit je.
semuanya berdarah merah, berkulit sawo matang. bernama orang asia.
semua yg terjadi itu adalah kerana emosi yang tak tercapai dek akal. semuanya berdasarkan nafsu.

biasala orang indonesia. separuh dari mereka memang ekstrimis.

bagus sifat patriotik yang ada, tapi bila disalah guna, tu memang dah tak betul la.

lu pikirla sendiri.

mista.grax said...

tp yg lawak nya perlu ker smpi benda remeh temeh smpi nak berperang...even pasal rendang, lemang, n cam2 laie la benda remeh yg diorg nak crk pasal...

ada member sy penah ckp budaya itu milik kaum bkn nya milikn negara..kita tau sejarah kebnayaakn org malaysia...minga, jawa, bugis..tu semua asal dr indonesia dan ianya di bawa dr sana sebagai budaya bkn negara..

laie 1 soal negaraku yg sebenarnya sama ngan lagu terang bulan...mmg terang bulan asal drpd indonesia tp asal usul terang bulan n negaraku adalah lagu memula moon...komposer dia orf french.sy x ingat nama nya tp org indonesia claim yg lagu tu adalah originalnya dr mereka..padahal msia dh lama dpt hak copyrite dr penciptanya..still dorg nak crk gaduh..

dr apa yg sy bc dr cam2 forum, sebenarnya media di indon yg mengkucar kacirkan semua benda ni...n yg percaya bulat2 adalah org kampung yg xterdedah ngan dunia luar kecuali media mereka..n golongan professional xheran lgsg pun ngan benda nie...tp golongan bwhan yg mana golongan yg sennag terpedaya ngan dakyah media2 mereka...tu la jd nya..

senang citer n rmi admit org malaysia keseluruhannya adalah laie berpikiran rational n logik dlm semua hal compare to them...
skrang ni sy bebetl risau ngan students2 n rakyat2 malaysia kat sana..kalo ngan rakyat sendiri diorg sanggup potong kpala...mungkin aianya... nauzubillah sgt2..semoga rakyat2 msia sentiasa di jg Allah..

kak atun sori panjang sgt psl isu ni mmg dh lama sy ikut n perhati...mmg sy nak post gak benda ni tp tkt post2 sy nnti di salah ngertikan...

si lalang said...

erk?? *cahaya kekaguman memancar* i didnt expect akan ad comment utk post nih.. sangat bangga ngan korang. yep. sume pendapat di atas adalah betul. kejadian skunk ni hasil dari saki baki perasaan tidak puas hati sesetengah pihak. tp, kita xleh deny ade pihak take advantage akan kekurangan fahaman dan mereka yg kurang pengetahuan selok belok politik ni. ada parasit yg menyerang dari dalam. depa nak trigger keganasan. depa nak tgk kita berpecah belah. so, kita kena fikir solution. xleh stick ngan masalah je. ni yg org x nmpk. malaysian atau indonesian punya semangat cintakan negara yg berbeza. dua2 unik. malaysian lebih lembut tapi tegas. indonesian jenis yg outspoken dan loyal. patutnya kita x gaduh gini. patutnya kita bersatu. heh..

mista.grax said...

kak atun kalo9 diorg nak gaduh..kak atun p jer cubit diorg...hahahhah

Fai Haneul said...

I found a forum by indonesian, who planned on doing such things after M'sia claimed that Angklung is their traditional musical instrument...

mista.grax said...

chazz...msian never claimed angklung langsung kan...even kita main pun kita still anggap indonesian...

bkn angklung jer....gamelan as well..nasib baik la bkn gitar..kalo xada plak yg kena hempuk ngan omputihh...